Wednesday, 26 March 2014



ARAM KITAI BEJALAI RAUN....


Kampung Sikog..??...Eerrrmmm..mungkin ramai yang tidak pernah dengar nama kampung ini..namun Kampung Sikog atau lebih dikenali sebagai Kampung Sekuang merupakan sebuah kampung yang amat terkenal dengan air terjunnya iaitu Baan Gong Waterfall. Kampung ini terletak kira-kira 24km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Penduduk kampung ini kebanyakannya adalah berbangsa Bidayuh dan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Bidayuh Biatah.

Sejarah penubuhan Kampung Sikog bermula sekitar tahun 1898. Pada mula masyarakat Kampung Sikog berasal dari Kampung Sitang yang pada masa kini masih lagi wujud. Namun akibat wabak penyakit yang melanda kampung tersebut pada masa itu. Penduduk kampong yang diketuai oleh Bai Gaa telah berhijrah ke kawasan lain. Antara kawasan yang pernah menjadi tempat penempatan ialah Bung Sikog dan Bung Danu Baduh. Akhirnya, penduduk Sikog menetap di Bung Kedongot atau lebih dikenali sebagai Kampung Sikog pada masa kini.

Pada tahun 1900 , Kampung Sikog telah dibuka secara rasmi sebagai sebuah perkampungan. (Chang Pah Foh. History of Bidayuh In Kuching Division Sarawak. Kuching: Sarawak Press Sdn Bhd. 2002. Pada tahun 1900 , Bung Kedongot , menjadi tempat penempatan Kampung Sikog secara rasmi pada tersebut dan hingga kini . Asal usul nama Kampung Sikog , ialah dari Buah Manggis dalam dialek Bidayuh Biatah ialah “ Buwak Sikok.

Kini Kampung Sikog mempunyai seramai 993 orang penduduk dan 198 buah rumah. Namun terdapat sebilangan daripada penduduk kampung telah berhijah ke bandar.
air menrjun diri




sumber air terjun


No comments:

Post a Comment